Ahad, 8 Ogos 2010

KUIH BONGKOL


Bahan Untuk Atasnya:-

5 biji telur

1 gelas tepung gandum

1 biji kelapa

6 gelas air

sedikit garam

pewarna hijau

daun pandan
Kesemua bahan-bahan diatas digaul,
setelah digaul dimasak diatas api sehingga pekat.
 Apabila pekat barulah diangkat.
Bahan-bahan untuk kuahnya:

2 kotak tepong beras kasar

6 gelas gula

2 biji telur

1 biji kelapa (19 gelas airnya)

sedikit kapur
Cara-caranya:-

Tepong kapur,gula,telur digaul bersama 7 gelas air.
12 gelas air untuk dimasak.
Apabila mendidih masukkan adunan tadi
kedalam air santan yang mendidih,
sambil dikacau sehingga rata.
Setelah pekat barulah diangkat.
Masukan bahan ini kedalam daun pisang yang
telah dibuang seperti beg dan barulah masukan lagi
bahan (A) diatasnya dan kukus sehingga masak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan